Saturday, March 13, 2010

PELAJAR & TEST

seringkali ketika tibanya musim test atau exam,pelajar pastinya melakukan persiapan terakhir atau pun 'last minute study'...namun perlu diingat,last minute study tidak kesemuanya memberi impak negatif kepada keputusan pelajar tersebut...terdapat juga kesan positif yang dapat dilihat melalui persiapan disaat akhir ini...antara kesan yang dapat membantu pelajar ialah pelajar kadang kala dapat menyegarkan semula ingatan terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajarinya...selain itu,pelajar juga dapat mengetahui pelajaran yang pelajar tertinggal atau sebelum ini pelajar ambil mudah untuk tidak membacanya...namun demikian,pelajar juga tidak seharusnya mengamalkan tabiat sedemikian kerana ianya mempunyai 1001 kesan negatif daripada kessan positif...seharusnya seseorang pelajar itu mempunyai sifat 'always get ready' untuk menghadapi sesuatu test atau exam...persiapan awal dapat melancarkan urusan pelajar dalam apa jua situasi supaya fikiran menjadi lebih tenang apabila tibanya waktu test ataupun exam...suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua pelajar diluar sana,jangan menyemai sikap suka bertangguh dan sekiranya sikap tersebut telah berputik dalam diri pelajar,kita sebagai pelajar perlu mempunyai inisiatif tersendiri untik mencantasnya dari terus menjalar agar sifat tersebut dapat dibuang terus dari diri pelajar...akhir kata...
selamat berjaya dalam apa jua...sama ada test,kuiz mahupun exam...
"jangan biarkan nasi bertukar menjadi bubur..."
sekian

1 comment:

  1. hurmm.. im still wonder y u dont hav anyone...hurmm..its totally weird..

    ReplyDelete